The Adventure-of-Art-Begin...

Assalamualaikum.. perghh.. dari tajuk entry nampak tak klise? Tak. Serius. Sekarang ni aku memang kena banyak berangan masuk perut bumi. Mana tidaknya, semalam al-kisahnya buat pertama kali menjejakkan kaki ke kelas. Kena pulak kelas "Introduction in Built Environment" #ahh sudahh .____.
ehh. Jap. Happy Fasting to all muslims.. #err rasanya  tak lambat kan? belom raya, kira sempatlaa tu.. hihi

Standard awal kelas  macam belajar ringkasan Geografi secondary school la .. Hmm macam best #hope so .__. Sekarang ni pun tengah melarikan diri ke library sebab connection wifi tak kuat dekat rumah.. ecece.. rumah kutt.. dah tinggal aku sorang je yang takda kelas awal pagi ni. Lagipun, compare dengan housemate yang lain punya schedule, aku punya yang paling fixed. Gamaknya botak laa aku lepas nih.. Takpa. demi masa depan.^__^

Alhamdulillah, berkat usaha dan doa di bulan yang mulia ni, aku dapat band yang alhamdulillah bukan cukup-cukup makan. Settle hal registration subjects, terus mula kelas..aa kira semalam la aku settlekan semuanya.. Tapi part yuran, aku lom settlekan lagi.. Insya Allah dalam minggu ni.. 

Pengalaman masuk kelas international lebih adventure compare kelas dekat sekolah menengah. Nak tanya, cakap, loya buruk semua terpaksa dalam English.. naik tergeliat lidah aku.. walaupun still duduk sebilik serumah dengan orang negeri sendiri, masih dekat negara sendiri, tapi bila tengok environment kat kolej ni mmg terasa dekat negara asing.. serius.
Then, Inche Hati akan berkata "This is life, men.. Live your life wisely or you will cruse yourself for the next day reflection because you waste the opportunity..."

Yupp. Siapalah kita yang boleh skodeng masa depan, nak tanya dengan tuhan apa yang jadi sesaat yang akan datang, tapi kita boleh tentukan apa yang akan jadi setengah saat yang akan datang. ehh? betul ke ayat tu..? aa janji paham apa maksud yang tersirat.

p/s: to my beloved lady, Nursyafiqah Shamsuri, I always remember you.. thanks for understand my situation right now c:
and, to my dearstt sisterzz, missed y'all so mucho choco ^__^
and again, to my the only one brother, don't become the pickachu! you're too big to became the pickachu!! get well soon, bro..Amin.. 
and last but not least, very veryyy and verryyyy biggggestt thanks for my lovely Ayah and Ummi ^__^ 
Thanks for everything, Allah! ~Alhamdulillah 



Life as Student College Begins...

Assalamualaikum.. buat kesekian kalinya aku update lagi blog yang dah berkurun eceh bulan lamanya aku tak ziarah mahupun bukak. Mana tidaknya, lepas satu, satu urusan yang terpaksa di settle kan dalam jangka masa yang very limited edition lah sangat ._.

Aku pun masih tak percaya yang aku sekarang ni dah berjaya menjejakkan kaki ke universiti.. eceh. cliche betul ayat. +.+ aku harap sangat yang aku tak buat wrong decision sebab benda ni melibatkan masa depan yer dak?

Lepas keluar dari PLKN, secara rasminya aku dah jadi bekas pelatih Kem Similajau Kumpulan 2 Siri 10/2013 pada 21/6/2013.. aku ingatkan nak lepak-lepak dok kat rumah sebulan dua tanggal topeng before continue study kat mana-mana institusi yang nak terima aku. Tup tup. angin takda lagikan taufan, aku dapat calling soh pegi interbiu kesekian harinya. Aku cam, ahh rezeki.. cuba try test jer la.. mana tahu, dapat. Rezeki tak bleh nak dipersoalkan..

Blablabla punya cerita, akhirnya aku menjadi salah seorang pelajar Linton University kat Mantin, Nogri Sembilan.. haha.. aku pun taktau apebendanyer jodoh aku tercampak dkt nogri ni lagi.. dapat dapat pulak apartment..bukan sebijik sorang uii.. share share la dgn org. buat masa sekarang, ada la lebih dari sorang serumah dengan aku.

nak taruk gambar tapi wifi lambat macam siput malas la pulak. takpa next week or next year kalau aku tak lupa, insya Allah ada la kuutt aku upload mcam mana hidup sebagai pelajar kampus, is suck bro! haha

Untuk plkn pulak, aku akan share ngan korang pengalaman yang memang aku sendiri susah nak lupakan. swear! tak tipu!.. pengalaman tengok org mengigau, kena jemur tgh padang kawad, mandi koboi, n so on.. memang tak rugi masuk plkn. takut muka jadi gelap tak bawak kita merasa macam mana hidup sebenarnya =]

Aku doakan yang terbaik untuk kawan-kawan aku yang continue stadi dekat tmpt masing-masing. Aku pun alone jugak, ehh tak. Allah always by my side.. yerr bha. peace be upon you!

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.