Pelanduk Nama Lebih Kurang

haaaa.. Assalam. Bebukak jer mata, adoyai~ macam mana la boleh tak sedar pulak nih.. beria je si G-Dragon tu dok melalak lagu "Coup D' Etat", tapi bangunnya idak..! Kira terbabas jugakla.. alhamdulillah setakat ni masih bertahan untuk back to basic, amalkan balik apa yang pernah dipelajari suatu ketika dahulu.. #cliche

Entri aku kali ni bukanlah berkenaan dengan kehidupan harian aku, tapi macam biasa, rutin harian aku dalam jam lapan sembilan pagi macam tu aku mesti keluar rumah untuk mencari hiburan.. cheh! enjoy giler bunyi~ dakk maksud aku, aku pegi mengorak langkah ke libraby, buat study sikit, pastu pegi la mengkhatamkan cerita "Once Upon A Time" . jadi ketagih pulak aku nengok cerita ni since season one.. aku daa tengok dari rumah dulu.. pasti boleh pulak jumpa season 2, haa apa lagi bantai aa tengok. Dari membiarkan berbagai persoalan bergulung macam cacing kerawit dalam kepala otak, baik aku rungkai satu persatu.. ecece bunyik cam aku je yang selesaikan misteri tuh.. perasan kejap..


untuk cerita ni, Insya Allah aku update dalam entri lain sebab aku rasa.., aku da ke laut dalam dari title entri tuh..

Kayy~ sebenarnya aku nak share ngan korang, kalau korang bukak Google pada hari ni (18 September 2013) korang mesti akan dapat homepage macam ni..

 

screen cap jer.. cukup suda..
 
 
huh? tergamam sebentar apabila melihat binatang apakah itu.. dan tercari cari dimanakah perkataan "Google" yang selalunya sebesar alam apabila kita bukak homepage beliau.
 
"Ouuuuu~ there must be somethings..."
 
Pegi la aku macam sakai main 'permainan' tersebut. Daa lama perhati, ohh jam rupanya.. Then, baru realise, rupa-rupanya hari ni adalah birthday Leon Foucault yang ke 194..hidup lagi ker? Ntah. cer la google..^^
 

 
Tada... inilah beliau yang dimaksudkan.. boleh aa klik untuk tumbesaran gamba yer.. tengah tengah aku dok baca info sal dia, terpampang la satu nama yang agak familiar.. kira macam seangkatan dengan si Leon ni jugak la..
 
James Bradley
 
 
sekali lagi gua tergamam plus tercengang. Huh? Itu bukannya nama si Prince Arthur ke? Bradley James...? Seriously, nama tunggang terbalik jer.. muhahaha
 

 
inila Si Bradley James yang aku maksudkan.. Pelakon utama cerita Merlin, pegang watak as Prince Arthur.. and aku sangatla mengilai cerita tersebut sebab pembawaan watak Merlin, Lady Morgana yang nama-nama pelakon utama tu memang kena la dengan dorang.. Tapi sayangnya, ending dia Prince Arthur aku mati~!! nak wat cenggana kan.. da namanya Destiny.. takleh aa nak watpa even si Merlin tu soccerer yang berusaha sehabis kudrat to makesure the King Arthur alive!
 
muhahahahaha.. memang sah takda keja dah ni..banyak sangat tengok tb tyme sekolah dulu inila jadinya.. terok-terok-terok..
 
kayy~ thanks sudi baca benda yang merapu.. ^^




Architecture Info: Who's Frank Lloyd Wright

assalam.. whats up? if there have any problems, just take a deep breath.. move on.. <peace>

k bebalik kepada title entri kali ni, "Siapakah Frank Lloyd Wright?" jenjejeng..
bunyi sound effect skit.. aku pun tak tau sebenarnya.
Tapi since dari zaman plkn yang lepas, (cheyy.. bunyi cam plkn tu da berkurun je kan...) nama "Lloyd" ni bergitu femes tahap petala la.. sikit sikit nama fesbuk lloyd.. apekemendantah.. ~

Then, bila aku start study pun, terpampang besar besar dekat pintu studio nama ni..

 
 
 
siapakah beliau sampai dikagumi orang ramai.. hmm zaman pun da maju.. cuma aku malas je nak meng'googling' sampai la hari ni aku teringat balik nama ni..
 
 
ehem..ehem..sini aku share skit biografi pasal makhluk tuhan yang begitu femes ni..,
 
 
Nama femes: Frank Lloyd Wright
Nama Sebenar: Frank Lincoln Wright
Wujud dekat dunia: 8 Jun 1867
Dah takda bila: 9 April 1959
(kira sendiri la bila umur dia jadi arwah..)
Dia adalah: Seorang arkitek, interior design, penulis yang dah buat lebih dari 1,000 design structure and 532 completed works.. (phm kan?)
Antara bangunan yang beliau pernah buat:
 
Fallingwater
Solomon R. Guggenheim Museum
Johnson Wax Headquarters
Taliesin
Taliesin West
Robie House
Imperial Hotel, Tokyo
Darwin D. Martin House
Unity Temple
Ennis House
Larkin Administration Building
 
bleh klik dekat link tu kalau nak tau lebih lanjut pasal bangunan yang dapat sentuhan magic beliau..
 
dalam banyak banyak bangunan tu, aku paling suka bangunan 'Fallingwater' sebab aku ada tengok kerja sorang akak ni, dia buat bangunan based on 'Fallingwater' punya idea..
So, nak tau la jugak siapakah gerangan arkitek yang terlalu bercita rasa tinggi buat 'Fallingwater' ni..
and the answer is.. Mr. Frank Lloyd Wright ni la..
 

 
inila bangunan yang buat jaw aku drop  impress gegiler dengan beliau.. muhahaha..
ni untuk exterior view.. kalau model view plak...

tadaaa.. cheyy.. macam takda sound effect lain ke...?
kalau nak tau lebih lanjut pasal bangunan ni, bleh la rujuk dekat
http://fallingwater.org.com
macam-macam ada dekat situ.. apa tu falling water.. dari mana idea tu muncul.. siapa yang bekerjasama dengan beliau untuk menjayakan misi falling water ni. blablabla..tulis pepanjang pun tak best.. korang pegi tengok sendiri..

thats all for today, kerja aku pun dah terbengkalai...
pasal Frank Lloyd Wrigh boleh la rujuk dekat wikipedia.. sekarang dunia hujung jari.. main tekan je keyboard apa benda yang kita nak tau.. mr. Google ada jawapannya.. <not sure...probability, maybe ..>hahaha

kayy~ selamat maju jaya^^

 
 

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.