Life as Student College Begins...

Assalamualaikum.. buat kesekian kalinya aku update lagi blog yang dah berkurun eceh bulan lamanya aku tak ziarah mahupun bukak. Mana tidaknya, lepas satu, satu urusan yang terpaksa di settle kan dalam jangka masa yang very limited edition lah sangat ._.

Aku pun masih tak percaya yang aku sekarang ni dah berjaya menjejakkan kaki ke universiti.. eceh. cliche betul ayat. +.+ aku harap sangat yang aku tak buat wrong decision sebab benda ni melibatkan masa depan yer dak?

Lepas keluar dari PLKN, secara rasminya aku dah jadi bekas pelatih Kem Similajau Kumpulan 2 Siri 10/2013 pada 21/6/2013.. aku ingatkan nak lepak-lepak dok kat rumah sebulan dua tanggal topeng before continue study kat mana-mana institusi yang nak terima aku. Tup tup. angin takda lagikan taufan, aku dapat calling soh pegi interbiu kesekian harinya. Aku cam, ahh rezeki.. cuba try test jer la.. mana tahu, dapat. Rezeki tak bleh nak dipersoalkan..

Blablabla punya cerita, akhirnya aku menjadi salah seorang pelajar Linton University kat Mantin, Nogri Sembilan.. haha.. aku pun taktau apebendanyer jodoh aku tercampak dkt nogri ni lagi.. dapat dapat pulak apartment..bukan sebijik sorang uii.. share share la dgn org. buat masa sekarang, ada la lebih dari sorang serumah dengan aku.

nak taruk gambar tapi wifi lambat macam siput malas la pulak. takpa next week or next year kalau aku tak lupa, insya Allah ada la kuutt aku upload mcam mana hidup sebagai pelajar kampus, is suck bro! haha

Untuk plkn pulak, aku akan share ngan korang pengalaman yang memang aku sendiri susah nak lupakan. swear! tak tipu!.. pengalaman tengok org mengigau, kena jemur tgh padang kawad, mandi koboi, n so on.. memang tak rugi masuk plkn. takut muka jadi gelap tak bawak kita merasa macam mana hidup sebenarnya =]

Aku doakan yang terbaik untuk kawan-kawan aku yang continue stadi dekat tmpt masing-masing. Aku pun alone jugak, ehh tak. Allah always by my side.. yerr bha. peace be upon you!

Post a Comment

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.