Assalamualaikum..
pergghh. Tekejut jugak aku bukak blog aku. Semuanya suda berubah. Maunyer tidak, kaler suma dah bertukar. Beta hampir tidak mengecam blog kepunyaan beta.. *ecceewahh
Last update pun bulan November lepas, than sunyi sepi. Bunyi macam busy (memang busy pun = =) sampai tak berupdate untuk bulan December n New Year.huhu
nak habaq mai~ hati che da kena rompak buat kesekian kalinya. Oleh sapo? Manusia ler. Haa cerita yang agak panjang kalo nak dikongsikan dekat sini. Biarlah dia menjadi pekasam dua tiga kurun dulu, baru aku cerita secara umum..weee~
Secara ringkasnya, tadi ada majlis kat kolej aku. Dek kerana aku tidak memiliki kasut bertumit tinggi yang ingin dipadankan dengan baju kurung pahang yang agak exclusive dan sangat huduh jika dipakai bersama selipar 'flipper' aku yang kelihatan agak usang, maka aku mengambil keputusan untuk meminjam high heels member serumah. Bapak aa tinggi beno~ aa sudah. Aku da lewat, jalan je la..
Dpertengahan jalan, kesakitan mula menjalar di setiap saraf aku, aku decide untuk bukak heels tu then jalan guna kaki yang hanya berstoking. Lantak aa. Janji kaki tak sakit, and aku memang da lambat.
Sesampai jo kek majlis tu, member-member mula la pelik, apasal la minion ni tinggi semacam. Da lah pakai serba kuning, tak alang-alang pulak kuning tu. Kuning diraja!
Lama-lama aku perhati diri aku kat cermin tandas, darjah keperasanan aku pun turut naik. Haah la~ da macam nak g majlis hape aku ni. Rupa macam nak kena tabal as Permaisuri Agong pun ada ^^ *perasan jap
Aku hanya mampu tersengih bila diorg mula tengok kasut aku. Haaihh patut la tinggi semacam, bapak aa kasut ko minion! Da macam robot pinguin aku tengok ko jalan.. , kata sorg member yang berharap sangat aku bagi buah hempok dekat dia.
Selesai majlis, aku duduk sekejap ambik angin kat lua dengan beberapa senior yang lain. *kira senior la memandangkan aku paling kecik..hwahwahwa~
Bila nak balik tu, kaki aku dah xleh tahan sangat. So, aku cakap kat dia, aku nak bukak heels. Dia balas, bukak kat kawasan hostel la. Ni kotor.. Aaa pedulik.. aku terus bukak nak pegang heels tu kat tangan sambil jalan buat muka happy~
"Ke nak pakai capal abang?" suara dibelakang mengeluarkan tawaran.
Aku toleh. "Habeh tu abg nak pakai ape? Nak pakai heels ni?" sambil menyuakan heels ditangan.
"Takpe la. Abang ok je jln kaki ayam." terus bukak capal and ambik heels dari tangan aku.
biar betull..
terkesima tahap impak maksima sekejap. *gulp
rasa bersalah lak buat orang macam tu, tapi.. pedulik..haha dia offer.. capal dia pun bleh tahan besar gak..
Ouu sooo sawiittt~~
wujud jugak orang macam ni. Aku ingat dalam drama korea and novel melayu je yang macam ni.. Hadehh~ hidupku diselubungi drama-drama *die3
Dalam hati berdoa, Ya Allah dijika dialah yang dijanjikan untuk menjaga aku till Jannah (amiinn..) berkatilah kami.. Amiinn
#novel
Assalam.
Sekarang lagu "Wake Me Up When September Ends" da jarang dibukak. Memandangkan sudah berlalunya bulan October. Aku pun tak sedar. Cepatnya masa berlalu.. Sedar sedar orang post dekat fesbuk,
Sekarang lagu "Wake Me Up When September Ends" da jarang dibukak. Memandangkan sudah berlalunya bulan October. Aku pun tak sedar. Cepatnya masa berlalu.. Sedar sedar orang post dekat fesbuk,
"Dear November, please be good to me"
"Here comes the fall"
"November suda mari~ Buat yang terbaik"
and the blablabla. Banyak lagi.. Tak sanggup aku nak huraikan satu persatu.
Aku pun ada story gak. Storynya: Aku da balikkk rumah! weee~ happy giler! punya bekurun la sangat aku kat sana, asyik makan kat luar, sebab aku memang da tak masak. Bila balik jer, menu umi buat memang special :
Hari pertama: Daging masak blackpaper
Hari Kedua: Lamb Steak
Hari Ketiga: Ikan Sultan masak Tempoyak
aduyaii~ makin comeyy la aku kalo tiap tiap hari menu macam ni. Bila balik kolej nanti mula la ngidam benda natang ni semua. Mana nak cekau.. Jumpa pun mesti tak kena dengan selera.
.....dan tetiba, mood aku hilang ditiup angin~ kbye!
Subscribe to:
Posts (Atom)




