Slider

Giveaway SemakanOnline.com Di Mialiana.com


Pembayaran Bantuan Sara Hidup 2019 atau BSH 2019 fasa pertama akan dibuat pada 28 Januari nanti. Bantuan tersebut dijangka memanfaatkan lebih 4.1 juta penerima di seluruh Malaysia. Terdapat lima jenis kategori bantuan untuk pembayaran BSH kali ini. (rujuk gambar di bawah)


Pembayaran pertama akan dibuat sebanyak RM300 untuk setiap isi rumah. Baki bayaran BSH yang akan disalurkan pada fasa kedua dan ketiga akan menggunakan kaedah baharu seperti yang diumumkan dalam Belanjawan 2019. Urusan kemaskini BSH 2019 akan dibuka semula dalam tempoh terdekat. Setiap penerima wajib kemaskini permohonan masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh 3 tahun. 

Untuk maklumat lanjut layari portal Bantuan Sara Hidup di https://bsh.hasil.gov.my




Giveaway ini dianjurkan oleh SemakanOnline.com dengan kerjasama Mialiana.com. Hadiah wang tunai sebanyak RM350 untuk dimenangi. Sila klik SINI untuk join.

Read more: http://www.mialiana.com/2019/01/giveaway-semakanonlinecom-di-mialianacom.html#ixzz5bkBFRaZ9

Makeup Haul 2018





Assalamualaikum and hai,
Masih belum terlambat kalau aku nak wish Happy New Year kann haha soo here we go!

HAPPY NEW YEAR 2019! 

Kalini aku nak update sikit makeup 2018 yang sempat collect. Actually post ni aku dah drafkan dari bulan September but disebabkan sibuk kerja, maka tertangguh lah sampai ke harini. So, aku cuba nak hidupkan balik penulisan aku dekat blog ni dengan makeup haul, updated fashion and style and apa-apa yang aku rasa aku nak share dekat sini. Hope korang tak jemu lah dengan aku yang macam chipsmore ni okayh!.

anddd here we goo (sekali lagi)
Of course, perempuan, suka nak berhias kan.
Ada jugak setengah perempuan yang suka makeup simple simple, ada jugak yang tak suka langsung. alhamdulillah aku boleh mana-mana pun. Terpulang dekat diri masing-masing.
Kalau rasa confident dengan diri sendiri, so why not kann?
Pakai tak pakai, bukan hak orang lain pun jadi buatlah apa yang korang suka.
so, aku start sekarang la eh,panjang pulak intro

please keep in mind, ni bukan entry berbayar or sponsored and so on. aku beli ikut kehendak dan naluri aku and beli dekat mana? bawah aku story. Oh ya, kulit aku jenis combination skin and shade kulit aku susah nak describe sebab kadang-kadang boleh bertukar tukar since aku cepat hangus sobss



semua yang di atas adalah hasil tangkapan dari bulan April 2018 sampai lah sekarang. Kiranya ni yang the best dari yang lain lain. Ada yang aku dah pakai dekat berbulan-bulan ada yang still untouched. Kalau aku nak tunjuk yang dari awal tahun, rasanya panjang bebeno entry ni. Yang ni pun aku tunjuk mana yang aku sempat je sorry kalau ada barang kat dalam gambar atas ni aku tak describe.

Okay, start dari primer. As base makeup, of course kena ada primer. Sebelum ni aku tak pakai mana-mana primer, aku pakai setting spray je. Function dua-dua lebih kurang, buat makeup tahan lama. Function lain-lain, bergantung dekat product tu sendiri. Oh aku dah lama jugak tak pakai setting spray, since Bio Essence Miracle Water dah tak di jumpai di mana-mana. Sobss..(aku baru tau yang Bio Essence da keluarkan balik Miracle Water but aku belum try lagi)

1. The Ordinary High-Adherence Silicone Primer



kiri: one pump / kanan: swatches


Price: $5 (RM 45 - RM 50)
Rating: 3.5/5
Purchase at: Self Purchase from oversea (ig: themajestic_place)

Review: So far, aku rasa okay je lah kut, this primer memang buat kerja dia, holding makeup but untuk certain time je okay. Please be alert kepada sesiapa yang allergic to silicone things or memang takmau pakai barang yang ada silicone ni, sila lah jangan pakai okay. Dah terang terang product name taruk nama silicone haha. Cumaaaa, haa ada cuma untuk aku. Bagi aku lah kan, aku tak suka sangat bau dia. Bau plastik gitu. But overall, tak dak masalah apa pun.

Pros: Affordable
Cons: Silicone smell, plasticy texture

Mesti kebanyakan dari korang biasa dengar brand The Ordinary (TO) ni kan? Antara brand yang jual skincare yang agak rare berbanding brand lain. Untuk skincare TO aku tak try lagi, memandangkan aku tak berani nak pakai acid or chemical yang aku tak tau boleh ke tak kulit muka aku handle. Insha Allah kalau berkesempatan aku try, but tengok keadaan dulu laa haha. 

If nak try primer ni, aku recommend jugak but not highly recommend lah. Aku suka texture Loreal Magic Perfecting Base, lembut soft gitu. Tapi harga pun boleh tahan lah.. kalau korang berkesempatan, try la dekat mana-mana watson or guardian. 

So next pulak...


 2. Foundation





2.1 Maybelline Fit Me Matte + Poreless Foundation 


Price: RM 37 - RM 40 (tapi aku beli tengah sale RM 25)
Rating: 4.5/5
Purchase at: Watson 
Shade: 222 True Beige

Review: The best foundation so far! Sebab aku baru nak berjinak-jinak dengan liquid foundation jadi Maybelline Fit Me ni paling banyak review yang positive. And yes...! Yang ni aku highly recommend jugak untuk sesiapa yang nak belajar guna liquid foundation, ni antara yang paling best! Kalau tengok dari gambar atas, foundation ni jenis cair sikit, and jenis tuang, tak ada pump okay. Jadi berhati-hatilah time tuang tu takut tertuang satu botol teruss. Memang shade ni nampak gelap and oren sikit dari tangan aku, tapi shade ni yang paling dekat dengan warna muka aku selain daripada 230 Natural Buff which is nampak a little bit kuning sikit dekat aku. Takpa, korang boleh try test dengan tester yang ada, janji jangan silap beli. Anddd beli time promotion tauu, haahaha jimat duitt kauu

Pros: Medium-high coverage, variety color shades, breathable for long use, less tacky 
Cons: Liquidy formula, non pump bottle


2.2 Maybelline Dream Satin Skin

Price: RM 42 - RM 48 (aku beli time sale jugak jadi RM 33)
Rating: 3/5
Purchase at: Guardian 
Shade B2

Review: Aku pun tak faham kenapa harga dia mahal haha. Coverage sedang-sedang. But time pakai tu, rasa macam pakai something la kat muka. I mean, its quite heavy but coverage medium je. This colour a little bit yellow to my face actually tapi swatch dekat tangan nampak macam lawa haha so dont believe swatches dekat tangan especially untuk foundation. 

Pros: Mouse-y texture, bottle pump!
Cons: A little bit heavy, limited colour range selection

Bagi aku, nak cari foundation tu best ke tak bukan terletak dekat harga dia. Kena cari betul-betul sebab kalau salah beli, satu botol tu bukan murah hahaha. Yang ni baru drugstore punya level, kalau salah beli yang Huda Beauty or Fenty punya foundation, hah pishanggg

K sambung dengan eyeshadow pulak. 

3. Eyeshadow 

3.1 Colourpop Super Shock Shadow | Summer Solstice (Foursome)



Price: $5 each / $18 per set  (RM 25 each / RM 90 per set)
Rating: 4.5/5
Purchase at: Self Purchase from oversea (ig: themajestic_place)
Shade:

Noontide- Deep metallic chocolate brown
Summer Side- Matte rich red brown
Sundance- Soft metallic peach
Lightning Bug- Golden copper with a ton of silver, gold and pink glitter on top 

Review: Pigmented as always! Easy application dengan super shock shadow ni. Tak perlu risau takde brush ke apa, guna jari pun bolehh~ Tapi aku paling suka Summer Side, sebab matte, easy nak pakai bila-bila. as transition color pun senang. Yang lain sebab nampak shimmer and bling-bling, aku pakai time ada event yang special je. Worth to try lah. This foursome yang aku paling suka compare dengan yang lain-lain

Pros: Easy to blend, pigmented color payoff
Cons: Susah nak bawak sebab satu satu, tak macam metal pan letak dalam satu palette. 

Rasanya ramai dah tau brand Colourpop ni. Dorang memang tak pernah surut dari sale or release kan new items, almost every month rasanya mesti ada collection baru. Kadang susah jugak nak keep up but korang jangan la beli semua, pilih yang mana nak pakai je. Boleh je kalau nak beli semua, kalau korang nak buat review lah, but for me, collection dorang emmm macam lebih kurang je. Jadi aku tunggu time sale baru purchase betul-betul. Sayang duit deknonn..

3.2 Morphe 15N Night Master Eyeshadow Palette





Price: Purchase for $9 (RM 54-RM 60) , original price $15 (RM 90- RM 115)
Rating: 4.8/5
Purchase at: Self Purchase from oversea (ig: themajestic_place)

Review: Loving this palette, aku baru try pakai dalam 5-6 kali je gitu. Belum try main sepenuhnya, just create simple look. Aku tertarik dengan palette ni sebab range color dia balance. Sesuai untuk day and night look. Lagi lagi pulak aku beli time sale, hah jimat berganda lahh apa lagi..! So, kalau ada sale drop kaw kaw macam ni, barang baik tapi susah dapat, better grab. But before tu kena consider dulu lah perlu ke tak. Lagi aku suka, sebab palette ni ada cermin. 

Pros: Great pigmentation and color payoff, suitable for day and night look
Cons: -


For next palette, ni mcm all face palette lah, cuma tak ada lipstick je. Yang ni aku palinggggg suka since dia compact comel, travel friendly and ni aku sentiasa bawak pegi mana mana. Time aku beli ni pun ada sale jugak tak silap. Yang sedihnya sebab this palette limited edition, dah tak ada dah. So, tahniah lah sesiapa yang sempat beli time dia ada. Brand Tarte memang suka buat barang limited edition. Siapa cepat dia dapat gituu..


3.3 Tarte Goddess Glam (Eye & Cheek Palette)






Price: RM 89 excl postage
Rating: 4.5/5
Purchase at: Instagram 

Review: Sumpah berbaloi gila dengan harga. Memang memula aku beli, macam mahal la, takut tak berbaloi but alhamdulillah perlaburan yang tidak sia- sia (lmao!) 
Aku paling suka highlighter dia. OBSESS SANGAT! setiap kali kalau keluar ke mana-mana yang perlukan muka siap (almaklumlah bare face nampak tak berapa nak siap) aku mesti akan pakai highlighter ni. Sebab highlighter ni tak macam kebanyakan highlighter yang ada chunky glitter tu, ni just simple shimmer yang buat macam kulit kita natural glowing haa. U guys shud try, if Tarte ada nak release lagi la. For eyeshadow, overall sesuai untuk simple and glam look, yang shade Empress tu really impressive gilaa. Yang paling least aku minat, dia punya blush sebab too pink on me huhu.

Pros: Great combination of eyeshadow colors, highlighter works very fine and glowing as always. Plus the palette comes with mirror too!
Cons: Discontinued edition huhu 

4. Lip Products 

4.1  Colourpop Lippie Stix 




Price: RM 20 each (sale price) (original price: $5.5 = RM 28)
Rating: 4.5/5
Purchase at: Instagram (ig:@themajestic_place)

Review: For those on budget but still nak enhance your look, aku memang sarankan beli Colourpop punya. Boleh nak pakai yang dekat Watson or Guardian jugak. But please, sayangilah bibir anda. All these lippie are the latest color for lippie stix from Holiday Collection if Im not mistaken lah. Aku pun dah lupa. Maap kalau salah haha. Lippie Stix Colourpop ni ada banyak finishes. Kalau suka warna tahan lama and taknak shiny shiny gitu boleh ambik formula Matte X. Yang ni kalau bibir jenis cepat kering aku tak sarankan jugak. Nanti dia lagi nampakkan your lips kering nak mati. Memandai je la ambik formula Matte. Bagi aku Matte ni sedang sedang, just nice gitu. Tak kering sangat, tak shiny. Perfecto. For those yang suka nampak bibir lembab gitu boleh try formula Creme, best jugak. Usually Creme punya formula ada bau macam bau vanilla, cookies camtu. Sedap je bau rasa nak makan kalau dah calit kat bibir tu.

Yang last sekali tu Sculpting Stix, yang ni function lebih kurang macam concealer jugaklah. Not bad but aku tak berapa suka pakai

Pros: Super pigment! Last longer if tak makan makanan berminyak. And of course, comfy as always. 
Cons: Cepat patah, so berhati hati la eh

Tak minat style Lippie Stix sebab prefer Liquid Lipstick? Of course, aku pun jenis pakai liquid lipstick jugak. Since liquid ni lagi long lasting and tak hilang kalau makan ganas. Makesure reti pakai liquid lipstick la k sebab liquid ni agak leceh kalau tak reti pakai. Please dont double coat your liquid lipstick especially matte formula sebab akan buat korang punya lips crack and korang sendiri dapat rasa heavy. Application kena betul and kena tau berapa lama nak tunggu liquid lipstick ni nak kering so korang boleh bajet bajet mana part yang perlu touch up tu. K bebel panjang, yang dekat bawah ni aku punya range shades yang paling latest. 


4.2 Colourpop Liquid Lipstick 



Price: RM 33 each 
Rating: 4.5/5
Purchase at: Instagram (ig:@themajestic_place)

Review: Yang ni akan jadi jauh lebih murah kalau time sale. So keep your eyes on sale tau. Boleh jadi drop sampai RM 20 je. Sumpah berbaloi gila. Kalau tengok lipstick dekat Watson or Guardian, liquid lipstick mana bawah RM 20. Usually liquid lipstick standard harga rm 35-40. Jadi, kenapa bayar lebih if ada other option untuk dapatkan lipstick yang lagi murah? haha dah macam iklan trivago dah. Ok, range color ni (nudes color range) sesuai untuk everyday look. Kalau nak p kerja or kelas takmau over-over or nampak pucat, these range warna yang selamat lah. If ada masa aku buat lips swatches pulak. Colourpop Liquid Lipstick ni pun ada bermacam-macam formula. 

Ultra Matte Lip (UML), untuk mana yang suka pakai lipstick matte, malas nak touch dua tiga kali, this formula for you lah. 

Ultra Blotted Lip (UBL) ni build able formula. Boleh bajet nak sapu banyak ke sikit sebab warna dia sangat la soft and comfy je. 

Ultra Satin Lip (USL) for those yang tak nak bibir look too dried coz matte formula tend to dry your lips kan. Formula ni macam velvety finishing la. 

Ada lagi Ultra Glossy Lip dengan Ultra Metallic Lip but aku tak berkenan dengan dua dua formula ni. So I passed. 

Pros: Pigmentation depends on formula, budget friendly.
Cons: Depends on formula jugak and color shades. Usually nudes color takda masalah strike ke menda so worth the price lah.


Last but not least, kalau dah ada barang mekap, kena lah ada brushes kann. Jadi yang ni aku introducing the newest items in my collection lah.

Morphe Set 702 Eye-credible Brush Set



Dalam set ni ada 12 batang brushes sesuai untuk eye application lah. And aku beli time sale, tak sampai RM 50 rasanya, aku pun dah lupa. And aku purchase sendiri bukan melalui mana-mana seller. So, sesiapa berminat boleh la follow ig aku @themajestic_place.  Sempat la promote kann.

Bagi aku set ni sangat berbaloi, tak kiralah ko baru nak belajar or nak mekapkan orang lain ke, sebab semua jenis brushes ni boleh dikatakan perlu lah jugak. Kat bawah ni aku dah tunjuk function satu-satu brush and hopefully dapat membantu lah. 

Pointer Crease Brush: Sesuai untuk deepen your crease, soft and will makesure korang punya eyeshadow di blend elok-elok

Detail Crease Brush: Yang pun sesuai untuk mata yang tak berapa nak besar, and nak lagi precise. Function lebih kurang macam pencil brush jugak lah


Spoolie Brush: Of course, function brush macam ni adalah untuk sikit bulu kening korang daripada berterabur tak tentu hala

Angle Brow Brush: Seperti nama yang dah tertera, function brush ni adalah untuk bulu kening. If suka guna eyebrow pomade macam Anastasia punya, sesuai lah di apply dengan brush macam ni. Sedang-sedang takdalah keras sangat yet still boleh apply your brow pomade secara precise.


Small Chisel Fluff Brush: Yang ni aku guna untuk apply metallic eyeshadow powder / top coat untuk eyeshadow aku

Smudge Brush: Aku guna untuk smudge bawah mata

Blender Brush: Sorry blender brush ni dah kembang sikit since aku dengan secara ganasnya basuh. Function dia untuk blend base eyeshadow or other eyeshadow shades

Pointed Blender Brush: Untuk kemasan secara menyeluruh, brush ni sangatlah penting. It helps to blend your eyeshadow more naturally.

Large Shadow Fluff Brush: Untuk kelopak mata besar, sesuai pakai yang ni, very easy for blend process

Firm Blending Fluff Brush: Untuk application shimmer/top coat yang lebih precise.


**ada lagi 2 brushes aku tak dapat nak show sini sebab tak tau p mana brushes tu TT

and again please keep in mind, aku bukanlah makeup artist nor beauty artist, jadi maafkan aku kalau tersilap functionkan label brushes tu. I am just an ordinary girl and loves makeup!

Jadi, sampai di sini jelah untuk entri tahun baru kalini. Hopefully blog ni aku di update dari masa ke semasa. Aku doakan semua kita berjaya dan dipermudahkan segala urusan. For those yang bakal berkahwin, timang anak, grad, dapat offer kerja, tunang dan sebagainya dalam tahun 2019 ni, aku ucapkan tahniah awal awal. Insha Allah aku akan sentiasa ada dekat sini untuk share apa yang termampu and hopefully buat korang tak jemu.

Thanks jugak stay dengan aku sampai lah ke saat ni. Terharu kejap. Okay till next time!


Leyhahady ðŸ–¤

Latest Instagrams

© Hikayat Leyha. Design by Fearne.